Monday, December 28, 2009

Aku Pohon

matahari sudah tidak senyum,
bulan seperti muram,
bintang umpama sudah letih,
begitu juga bumi yang seakan marah,
entah pada siapa marahnya,

aturan alam juga punya rasa,
apa lagi aku,
pemilik sekeping hati yang penuh dengan deria,
mudah cedera biar diserang tanpa senjata,

aku perlukan jalan,
sekian lama aku selusuri lorong ini,
masih belum aku temui destinasi,

aku perlukan pedoman,
sekian lama aku amati naskah utusan akal,
seakan ada sesuatu yang salah padanya,
seperti adu baur kolonialisme yang tidak aku undang,

aku perlu jawapan,
setelah terlalu banyak soalan,
umpama permainan yang tak pernah tamat,

entah apa perlu aku ?
sentiasa meminta tapi entah bila aku memberi,
sedar aku akan perlunya bakti,
tapi entah mana pergi kesedaran dalam sanubari.
Tolonglah!
bawa aku pergi dari kancah ini,
Marilah !
aku mahu lenyap dari cebisan dunia neraka ini.
aku pohon…

Wednesday, April 1, 2009

hak asasi manusia????boleh ker....

Undang-Undang Hak Asasi Manusia dibentang(petikan dari akhbar Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 24 Mac - Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, antara lain bertujuan memastikan proses pelantikan anggota suruhanjaya yang lebih telus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengemukakan rang undang-undang itu hari ini.

Berdasarkan cadangan pindaan itu, anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik daripada kalangan individu pelbagai latar belakang agama, politik dan kaum yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam, perkara hak asasi manusia.

Seseorang anggota suruhanjaya hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula sekali sahaja bagi tempoh tiga tahun lagi.

Anggota Suruhanjaya pula hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri berdasarkan rundingan dengan satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan itu.

Jawatankuasa itu terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi, Pengerusi Suruhanjaya dan tiga orang anggota lain, daripada kalangan orang yang terkemuka, yang akan dilantik oleh Perdana Menteri.

Tiga orang yang terkemuka itu boleh termasuk bekas hakim dan bekas anggota suruhanjaya.

Ia juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik, dan sedang atau pernah menjadi pegawai penguat kuasa tidak boleh dilantik untuk menjadi anggota jawatankuasa itu.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak terikat dengan apa-apa pendapat, pandangan atau syor jawatankuasa berkenaan. - BERNAMA


nampak jelas sekarang ini isu hak asasi manusia bukan lagi hal yang boleh dipandang remeh oleh kerajaan kita...kerajaan seolah terdorong untuk memperbetulkan perspektif rakyat pada hari ini mengenai status Hak Asasi dalam negara ini...terlalu banyak isu berbangkit yang diutarakan sejak akhir2 ini...banyak pihak merasakan diri mereka terpinggir dan rasa tertindas leh pihak2 tertentu...

usaha kerajaan sebegini diharapkan dapat memperbaiki hubungan antara kaum yang pada hari ini dilihat semakin gawat...saya yakin dan percaya nescaya semua pihak mahu hidup dalam keadaan yang aman damai tanpa perpecahan...

namun harus diingat...yang HAK tetap hak...juga yang tuan tetap tuan....pada kerajaan pastikanlah isu penindasan serta kemanusiaan ini ditangani dengan sempurna...biar semua pihak berpuas hati...toleransi harus wujud......dalami masalah utama yang menjadi punca segalanya!!!!

////apa????apa puncanya???

1) isu kontrak sosial yang menjadi tunjang hak asasi setiap warga negara kita sedemikian lama....(kementerian penerangan harus berperanan penting)

2)toleransi yang pudar

3)pemimpin korup...banyak peruntukan yang sepatutnya sampai kepada rakyat diseleweng...SPRM harus buat kerja....

4)sekolah selaku medium utama penyatuan bangsa....perpecahan kaum tiaklah seteruk mana sebenarnya...cuma sekolah harus memainkan peranan yang terbaik bagi membina keutuhan perhubungan antara kaum bermula dari sekolah.....

5)kesedaran individu....jangan terlalu tranamkan sikap prejudis dalam diri masing2...


ps/ jangan jd macm sesetengah negara...berpancung leher rutin harian mereka>>

bila manusia lupa diri

marah??konpius!!!resah????hurmmmm..........
perasaan berojak campur....hurmmmmm....kenapa>>>>>kerana den tgah pening...
pikir punya pikir.....baru aku dapat!!!!
hahahahahahaaaaaaaa.....kenapa manusia jadi hipokrit,,,selfish,,,,fake,,,,,prejudice,,,,evil....dan nama2 watak jahat lain???

jawapan nye!!!!!

ada banyak))))))))))))))))))))))))))))))sangt22222
hurmmm...pertamanya, manusia mudah perasan yang mereka bagus!!!!
kata dalam bahasa sopannya....PERASAN BAGUS!!!!
sindrom2 org perasan bagus ini ada banyak!!!
1- semua benda dia buat adalah bagus dan betol
2-klau ada yg mengkritik,haruslah org yg mengkritik itu yg dungu...bukan beliau yang bangang!!!
3-dan jika ada org yg mengajar....mesty ada dengar ayat ini dibelakang..."alah kau tu sapa nak ajar aku!!!"
4-dan banyak lagi sindrom sampingan

keduanya....manusia ini perasan yang mereka itu lawa!!!CANTIKK!!!!dan kacak.....atau dalam bahasa melayu modennya...bajet CANTEK!!!!!
sindrom2nya adalah.....
1-beliau sentiasa mengeluarkan pendapat mengenai rupa paras seseorang yang ditemuinya....xkira masa....(harus diingat jika dia memuji anda nampak cantik atau lawa pada suatu2 masa...dia sebenarnya mahu anda memuji kecantikannya)
2-beliau akan rasa tergugat oleh kecantikan org lain yg lebih menyerlah!!!
3-ayat wajib beliau..."u mesti lagi cantik kalau......"(sambung sendiri)...

ketiganya.....manusia ini manipulator.....atau bahasa sanskritnya disebut...KUKU BESI!!!!
sindrom2 bagi org yang begini adalah....
1-kuat melenting bila permintaannya tidak dapat dipenuhi!!!
2-mereka ini amat mahu untuk berkawan untuk kepentingan sendiri!!!!kononnya berkawan dengan org yang ada standard ajer...padahal!!!!siapa yg tetapkan tahap standard itu???hurmmm mereka saja yg boleh jawab...
3-amat manis mulutnya pada suatu2 ketika...tiba2 bertukar mulut lancang dengan tiba2!!!!!!...bahaya neh...huuuu

hurmmmm....demikianlah tadi sebab musabab mengapa perkara2 negatif wujud dalam diri seseorang manusia!!!!

namun sebagai manusia biasa siapalah kita untuk melabel org2 negatif ini sebagai jahat!!!!!yang penting kita perlu melatih diri untuk menilai diri sendiri....bayangkan diri kita ditempat org lain...adakah kita suka sekian2 perlakuan?????klau kita sendiri tidak suka...mana mungkin org lain oleh terima....jadi sama2lah kita bermeditasi!!!!ubah diri kearah positif...masih ramai yang sayang akan diri kita...sayangilah mereka juga!!!

Tuesday, March 31, 2009

ingin kusunting

mata terpandang,
lalu hati terusik,
jiwa berderam,
akal nakal berbisik,
bibir tersenyum,
menyampai cerita tidak terluah,
jari membeku,
tanpa gerak membeku sudah...

kini baru aku tahu,
mengapa purnama muncul hanya seketika,
kerana malu dek cantiknya wajahmu,

kini baru aku sedar,
mengapa sang kunang takut akan siang,
kerana cantiknya kamu jelas dipandang,

kini baru aku nampak,
daun berguguran terdampar ditanah,
kerana asyik memandang cantiknya wajahmu,

sungguh hati terpikat,
jiwa melarat,
hanya madah utusan hasrat,
menyunting dara harapan disemat...


Saturday, February 7, 2009

puisi buat cinta

PUISI BUAT CINTA

berjalan aku terjatuh,
berdiri aku rebah,
merangkak aku lemah,
berlunjur aku kebas,

yang kiri sudah ke kanan,
yang kanan sudah ke depan,
yang atas sudah ke belakang,
yang dekat sudah tak kelihatan,

entah apa sudah jadi,
mata yang celik tak nampak permata di kaki,

aku tak keruan,
mencari sebab yang tiada jawapan,

mungkin ini katanya buta,
sudah tidak ku kenal erti dunia....
yang ada cuma nama,
setia terpahat pada jiwa...

mereka mungkin kata aku gila,
mungkin kata mereka aku bodoh,
arghhh...biarkan kata-kata mereka,
yang penting....kata dia....
abadi kota kerana nama,
abadi istana kerana nama,
tapi apakah yang perlu aku abadikan untuk bukti kata dan janji..

ya...
aku tidak punya apa-apa..
jujurku...aku tak mampu simbah harta segala,
yang ada...
cuma setiaku pada cinta...