mata terpandang,
lalu hati terusik,
jiwa berderam,
akal nakal berbisik,
bibir tersenyum,
menyampai cerita tidak terluah,
jari membeku,
tanpa gerak membeku sudah...
kini baru aku tahu,
mengapa purnama muncul hanya seketika,
kerana malu dek cantiknya wajahmu,
kini baru aku sedar,
mengapa sang kunang takut akan siang,
kerana cantiknya kamu jelas dipandang,
kini baru aku nampak,
daun berguguran terdampar ditanah,
kerana asyik memandang cantiknya wajahmu,
sungguh hati terpikat,
jiwa melarat,
hanya madah utusan hasrat,
menyunting dara harapan disemat...
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment