Undang-Undang Hak Asasi Manusia dibentang(petikan dari akhbar Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 24 Mac - Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, antara lain bertujuan memastikan proses pelantikan anggota suruhanjaya yang lebih telus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengemukakan rang undang-undang itu hari ini.
Berdasarkan cadangan pindaan itu, anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik daripada kalangan individu pelbagai latar belakang agama, politik dan kaum yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam, perkara hak asasi manusia.
Seseorang anggota suruhanjaya hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula sekali sahaja bagi tempoh tiga tahun lagi.
Anggota Suruhanjaya pula hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri berdasarkan rundingan dengan satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan itu.
Jawatankuasa itu terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi, Pengerusi Suruhanjaya dan tiga orang anggota lain, daripada kalangan orang yang terkemuka, yang akan dilantik oleh Perdana Menteri.
Tiga orang yang terkemuka itu boleh termasuk bekas hakim dan bekas anggota suruhanjaya.
Ia juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik, dan sedang atau pernah menjadi pegawai penguat kuasa tidak boleh dilantik untuk menjadi anggota jawatankuasa itu.
Bagaimanapun Perdana Menteri tidak terikat dengan apa-apa pendapat, pandangan atau syor jawatankuasa berkenaan. - BERNAMA
nampak jelas sekarang ini isu hak asasi manusia bukan lagi hal yang boleh dipandang remeh oleh kerajaan kita...kerajaan seolah terdorong untuk memperbetulkan perspektif rakyat pada hari ini mengenai status Hak Asasi dalam negara ini...terlalu banyak isu berbangkit yang diutarakan sejak akhir2 ini...banyak pihak merasakan diri mereka terpinggir dan rasa tertindas leh pihak2 tertentu...
usaha kerajaan sebegini diharapkan dapat memperbaiki hubungan antara kaum yang pada hari ini dilihat semakin gawat...saya yakin dan percaya nescaya semua pihak mahu hidup dalam keadaan yang aman damai tanpa perpecahan...
namun harus diingat...yang HAK tetap hak...juga yang tuan tetap tuan....pada kerajaan pastikanlah isu penindasan serta kemanusiaan ini ditangani dengan sempurna...biar semua pihak berpuas hati...toleransi harus wujud......dalami masalah utama yang menjadi punca segalanya!!!!
////apa????apa puncanya???
1) isu kontrak sosial yang menjadi tunjang hak asasi setiap warga negara kita sedemikian lama....(kementerian penerangan harus berperanan penting)
2)toleransi yang pudar
3)pemimpin korup...banyak peruntukan yang sepatutnya sampai kepada rakyat diseleweng...SPRM harus buat kerja....
4)sekolah selaku medium utama penyatuan bangsa....perpecahan kaum tiaklah seteruk mana sebenarnya...cuma sekolah harus memainkan peranan yang terbaik bagi membina keutuhan perhubungan antara kaum bermula dari sekolah.....
5)kesedaran individu....jangan terlalu tranamkan sikap prejudis dalam diri masing2...
ps/ jangan jd macm sesetengah negara...berpancung leher rutin harian mereka>>
No comments:
Post a Comment